JAKARTA, medinavoyage.id – Syarat sah umroh merupakan ketentuan-ketentuan yang harus dipenuhi oleh seorang Muslim agar ibadahnya dianggap sah.
Berikut ini adalah beberapa syarat yang perlu diperhatikan seperti dilansir akuislam.com:
ISLAM — Ibadat umrah merupakan salah satu ibadat dalam agama Islam. Berumrah sememangnya bagi orang Islam yang mampu, manakala bagi orang bukan Islam sudah tentu ibadat ini tidak disyariatkan kepada mereka.
BERAKAL — Umrah disyariatkan bagi Muslim yang berakal. Umrah tidak sah dan tidak diperintahkan ke atas orang gila.
ISTITA’AH — Mempunyai kemampuan dari segi tubuh badan, kewangan maupun keamanan.
BALIGH — Maksudnya mencapai usia baligh adalah salah satu rukun umrah. Oleh sebab itu, kanak-kanak yang belum baligh tidak disyariatkan melaksanakan umrah.
MERDEKA — Bukan hamba kerana ibadah umrah memerlukan waktu yang panjang. Ibadah tersebut memerlukan perjalanan jauh, dan disyaratkan adanya kemampuan dalam hal bekal dan kendaraan.